Sekolah Menengah Agama Ibrah adalah sekolah swasta milik Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Berhad dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (No Pendaftaran: JAIPP/PEND/05.M.003)
SMA Ibrah terletak di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh dalam daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang merupakan sebuah sekolah menengah swasta berasrama penuh integrasi bidang deeniah, akademik, bahasa arab dan kemahiran.
Pendidikan Berkualiti, Generasi Pewaris Terdidik, Melahirkan Khairun Ummah
Melahir dan Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan yang Bersepadu dan Terancang
Berilmu Berakhlak Berbakti
Integrasi (Deeniah, Akademik dan Kemahiran)
Memberi asuhan, bimbingan dan didikan kepada semua pelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada allah SWT. Usaha ini bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia yang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.
MENYEDIAKAN sistem pendidikan yang terancang dan menyeluruh
MELAKSANAKAN kepimpinan, sistem, pengurusan dan pentadbiran efektif
MENAWARKAN proses pendidikan yang efektif bagi pembangunan insan seimbang
MELAHIRKAN pelajar Muslim contoh dari sudut intelek, emosi, jasmani dan rohani
MEWUJUDKAN iklim sekolah yang kondusif bagi pembangunan modal insan
Barisan pengusaha & tenaga pengajar Sekolah Menengah Agama Ibrah