PROJEK WAKAF BANGUNAN 4 TINGKAT SMA IBRAH

Projek Wakaf Bangunan 4 Tingkat SMA Ibrah ini telah kita mulakan sejak dari pertengahan tahun 2020.

Pada tahun 2020, kerja-kerja pembangunan telah dimulakan dan kini telah berada di Fasa 3.

Alhamdulillah, kini pihak SMA Ibrah berhasrat untuk mengumpulkan dana yang mencukupi bagi menyelesaikan projek pembangunan SMA Ibrah. Sumbangan wakaf daripada masyarakat amatlah kami harapkan bagi membantu kami menjayakan projek ini.

Ini adalah lakaran gambar Bangunan 4 Tingkat SMA Ibrah

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan/tajaan untuk pembangunan 4 tingkat SMA Ibrah disamping kita juga dapat membuat bekalan untuk saham akhirat kita.