Kemasukan ke Tingkatan Satu 2013 & Tarikh-tarikh Penting

Oct 6, 2012 by     No Comments    Posted under: Kemasukan, Pengumuman

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2013 kini dibuka. Semua pemohon perlu menghadiri ujian bertulis dan lisan yang akan diadakan di antara 2 hingga 9 Disember 2012. Semua pemohon dikehendaki hadir ujian tersebut.

Lain-lain syarat kemasukan beserta yuran-yuran berkaitan boleh didapati di sini.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang didapati daripada pejabat sekolah atau mengisi Borang Permohonan secara atas talian (online).

Berikut disenaraikan tarikh-tarikh penting berkaitan proses kemasukan bagi sesi persekolahan 2013.

14 Disember — Keputusan ujian dan temuduga kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan 2013 boleh diperolehi dari laman web Ibrah.

1 Januari 2013 — Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1.

Got anything to say? Go ahead and leave a comment!

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Info ‘IBRAH

Sekolah Menengah Agama 'Ibrah ('IBRAH) adalah sekolah swasta milik Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Berhad dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (No Pendaftaran: JAIPP/PEND/05-BM-(M) 0028).

'IBRAH terletak di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan mula beroperasi pada tahun 2010.

Surat menyurat boleh dialamatkan ke Sekolah Menengah Agama 'Ibrah ('IBRAH), Kampung Tanjung Putus, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Aktiviti Terdekat

There are no upcoming events.

View Calendar

Komen Terkini